Saturday, July 10, 2010

Semester baru..Ayuh perbaharui Niat!!

Tinggal beberapa hari lagi untuk melangkah ke alam pengajian formal walaupun hakikatnya setiap detik ada saja ilmu-ilmu baru yang mengajar setiap kita selaku hamba ALLAH yang dikurniakn akal..

Kalau masuk tahun baru, pasti di sana sini akan berbincang soal azam baru..tetapi tidak ramai berbincang di akhir hujung masa yang tamat, adakah azam yang disemat di hati tercapai atau hanya ucapan di mulut sempena tahun baru sahaja..