Friday, May 28, 2010

Kalau xnak ikut, boleh..tapi dgn syarat...

بسم الله الرحمن الرحيم
أللهم اهدنا فإننا لا نعلم
أللهم اههدنا الصراط المستقيم صراط الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا

Kali ini saya nak mengajak adik2,kakak2,ibu2,bapak2,saudara saudari makhluk ciptaan allah sama2 kita check balik diri kita..di mana kita, kenapa kita di sini, apa kita dah buat dan macam2 persoalan boleh ditimbulkan..

Apabila kita lihat sekarang, apa yang kebanyakan masyarakat suka lakukan..xkiralah samada sebagai amalan harian atau stail individu atau hobi seharian, kebanyakannya adalah amalan yang mengikut kehendak atau kemahuan atau keinginan untuk keselesaan dunia semata...

contoh:

1. Pakaian - pakaian seksi, menarik perhatian, xmenutup aurat dengan sempurna, menyerupai kaum lain, meniru budaya2 barat

2. Hobi - melepak, merempit,dating

Saya tidak maksudkan semua amalan ini salah, walaupun ada yang jelas melangar perintah Allah terutamanya bab menutup aurat.

Kadang-kadang saya terfikir, kenapa manusia yang diciptakan Allah, diberi pulak bermacam-macam nikmat free lagi terutamanya anggota badan, tapi tak nak ikut apa yang Allah suruh.

Kalau nak fikir dari segi logiknya, orang macam ni boleh digolongkan seperti melepaskan anjing tersepit..manusia yang tidak mengenang budi..

Allah minta kita kenang budi Dia ke? Owh..semestinya tidak..Tapi setiap apa kurniaan Allah,Dia nak menguji kita adakah kita hambaNya yang sebenar-benarnya hamba...kita memang hamba..tapi hamba yang taat atau hamba yang fasiq?

Sampai sekarang sy masih belum mendapat jawapan kenapa manusia xnak patuh pada suruhan Allah.. Saya akui, kita manusia memang tidak terlepas dari buat salah...tapi sejauh mana kita berusaha untuk memelihara diri dari buat salah..menahan diri dari apa yang Allah larang...

Tapi saya boleh katakan disini.." kalau xnak ikut apa Allah suruh..boleh!! tapi dengan syarat..."

1) Siapa yang xnak pakai tudung, boleh..tapi jangan guna kepala dan rambut yang Allah bagi..pergi cari kat mana-mana kedai yang menjual kepala dan rambut palsu, kemudian pakai barang yang kita beli dengan duit sendiri..

2) Siapa nak pergi dating, pergilah..potong kaki dan tangan yang Allah bagi..kalau tak ada duit nak beli kaki dan tangan palsu, pergi sewa kat kedai menjual barangan palsu..kaki dan tangan Allah bagi bukan untuk ke tempat-tempat maksiat, bukan untuk pegang mereka yang bukan mahram..

3)Siapa nak menyanyi, nak berhibur.. berhiburlah..Islam xmenghalang kita untuk berhibur..tapi jangan sampai membuatkan orang lain lalai. Bagi yang perempuan, suara menjadi aurat bila dialunkan sehingga menarik perhatian orang lain...tapi dah ramai yang tahu pasal nii.tapi still juga menyanyi, menjerit, melompat sampai lupa dunia...ok! kalau nak juga macam tu, boleh sangat2..tapi jangan guna suara yang Allah bagi..betulkah ucapan alhamdulillah ketika menang dalam akademi fantasia itu syukur kita pada Allah..Orang bersyukur pada Allah menggunakan setiap pemberian yang Allah kurniakan untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah. Dia menggunakan suara untuk mengajak manusia lain sama-sama tunduk pada Allah..bukan melalaikan manusia dari mengingati Allah..Nyanyi kat akademi fantasia, sebut nama Allah ke? ajak manusia bertaubat pada Allah?

Banyak lagi bila kita fikirkan amalan2, budaya2 masyarakat sekarang..
Apa yang saya cuba kongsikan bukan pandangan sinis kepada saudara saudari..saya serius untuk menyampaikan kebenaran..

Allah janjikan ganjaran yang tidak terhitung, kepada hambaNya yang patuh pada suruhanNya..ganjaran Allah tak ada kat dunia ni..hartawan manapun xboleh nak bagi..jadi mana mungkin ganjaran yang sebesar ini Allah akan bagi sebegitu senang kepada kita..pastilah di sana ada ujian-ujian yang menghalang untuk menapis, siapakah hamabaNya yang sebenar-benarnya hamba.

Antara syarat untuk buat maksiat:
1. Jangan guna nikmat pemberian Allah
2. Cari tempat yang Allah xnampak
3. Apabila malaikat Izrail datang untuk mengambil nyawa, katakan padanya: sebentar,izinkan saya bertaubat dahulu
4. Apabila malaikat Malik hendak membawa ke neraka, katakan padanya: ampunkan saya

Jika syarat-syarat boleh dipenuhi, buatlah maksiat..

~ MARI BERTAUBAT ~

WANITA SOLEHAH...المرأة الصالحة

SEINDAH NAMAMU WAHAI WANITA
TERCIPTA DARI TULANG RUSUK ADAM
KAU SEUMPAMA SEKUNTUM BUNGA
HARUMAN AROMAMU BISA MENARIK SANG KUMBANG

PENGORBANANMU...WANITA SOLEHAH
MUJAHIDAH YANG MENGGONCANG DUNIA
KAU LAH HARAPAN SEMUA UMMAT
DALAM MELAHIRKAN PARA MUJAHID

FITNAH WANITA ADALAH SENYUMAN
KERNALAH IA MENGGODA SANG KUMBANG
OLEH ITU MARILAH KITA BERWASPADA
DUNIA AKHIRAT MENDAPAT KERAHMATAN


created by : PUTERI MAAHADIAN

Wednesday, May 26, 2010

Bait Al-muslim

Syukur padaMu tuhan mengurniakan hambaMu keluarga yang mementingkan agama..



Rasulullah dilahirkan tanpa ayah, xmerasai kasih sayang seorang ibu..Baginda hidup penuh dengan kesusahan...bagaimana dengan kita?

Kadang-kadang kesusahan dalam kehidupan membuatkan seseorang hamba dekat pada tuhannya..

Bila mana anak merasai kepayahan dan kesusahan ibu dan ayah untuk menjalani hidup mereka, anak tersebut mampu untuk hidup dalam kesusahan apabila dia besar kelak.
Janji Allah dalam kalamnya:
إن مع العسر يسرا
Sesungguhnya bersama kesusahan itu kesenangan..

Janji Allah memang benar..berkat kesusahan ibu ayah mendidik anak untuk kenal agama, maka hadiah Allah untuk mereka..anak yang menjadi penyejuk mata..


Maka, bagaimana corak hidup rasulullah perlu dihayati dan diambil untuk mengatur corak hidup kita selaku umatnya.Ramai yang bercita-cita untuk miliki keluarga bahagia..tetapi bahagia dunia sahaja yang diimpikan..romantis..kehidupan yang hanya untuk memenuhi hawa nafsu..sedangkan tujuan Rasulullah menyuruh umatnya berkahwin salah satunya adalah untuk menambahkan bilangan umat Islam yang hidupnya untuk Islam dan menambahkan hamba yang tunduk pada Penciptanya..

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengharapkan cinta dan bahagia dunia semata-mata..Anak yang solehah lahir dari ibu bapa yang soleh dan solehah..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak abah..


أللهم اغفر لهما وارحمهما دائما كما ربياني صغيرا

أين صديقاتي؟ وكيف حالكن جميعة ؟

Hidup ini tidak bererti tanpa hubungan sesama manusia lain..bermula dari kecil, kita berkawan atau berkenalan, walaupun masih belum kenal erti persahabatan..Tetapi persahabatan kerana agama tidah akan putus walau terpisah dengan masa, jarak atau tempat.

Suatu hari, di dalam satu liqa' , seorang sahabat bersuara, " Semakin lama semakin meningkat umur kita, semakin banyak sahabat yang kita bertemu dan berpisah. hingga ke saat ini, selagi mereka tidak menganggap kita musuh, mereka tetap sahabt kita..jika sekarang kita sedang memikirkan gerak kerja da'wah, pernahkah kita terasa untuk mengambil tahu hal sahabat kita yang suatu ketika dahulu kita pernah bersama..suka duka bersama..adakah sekarang mereka berada di atas landasan agama..atau mereka telah hanyut dek perubahan zaman atau perbezaan bidang yang diceburi.. terutama sekali rakan-rakan di sekolah rendah..sekolah menengah..matrikulasi..diploma..dsb.."

Terdiam bila terdengar persoalan dari sahabat tersebut..Belum tentu sahabat yang dulu hdup bersama memperjuangkan agama, tetapi sekarang tetap berjuang kerana kita tidak tahu taqdir Allah atas kehidupan setiap hambaNya..

أللهم اجعل جمعنا جمعا مرحوما وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما





أللهم بارك لنا وبارك ربيطة بيننا

Itu baru memikirkan sahabat-sahabat yang pernah berjuang sekali.
Bagaimana pula rakan-rakan yang tidak sempat kita mengajak mereka untuk memahami syariat Islam..Adakah terlepas tanggungjawab kita disebabkan mereka sudah jauh dari kita..sedangkan jauhnya hanya atas dasar jarak..tetapi aqidah kita dan mereka tetap satu..

إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم

Indahnya kalam Allah..Dia yang menciptakan kita, Dia tahu hambaNya saling memerlukan..



Kita bukan sahaja berukhwah..tetapi perlu saling memperbaiki..jarak umur bukan alasan untuk ukhwah tidak boleh saling memperbaiki..kerana manusia diciptakan sebaik-baik kejadian berbanding makhluk Allah yang tidak beraqal..



قال تعالى في سورة التين :
لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم

Tetapi harus diingat ayat Allah :

خلق الإنسان ضعيفا

Diciptakan manusia itu padanya ada kelemahan..

Itulah hakikat yang tidak akan berubah...jadi, apa yang perlu dilaksanakan??
Jadilah hamba yang sebenar-benarnya hamba...kat mana pun kita dan sahabat kita, andai ketakutan pada Allah sudah terpahat dihati...Insya Allah, kita dalam jagaan Allah..

احفظ الله يحفظك
" Jagalah Allah, kescaya Allah akan menjaga kamu."

Macam mana nak jaga Allah ??
أطيع الله ورسوله وامتثال أوامره واجتناب نواهيه
Taatlah kepada Allah dan Rasul..Menjunjung perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Kesimpulannya, Semua di atas adalah peringatan basic yang kita semua dah tahu..yang menjadi penghalang untuk kita melaksanakannya ialah..NAFSU..

Jangan biarkan nafsu menjadi raja dalam diri..kita dianugerahkan aqal..kita dikurniakan rasul yang meninggalkan Alquran sebagai penyuluh hidup kita..

Semua dah ada..terpulang pada diri sendiri untuk mengatur rentak hidup sebelum bertemu Allah kerana hidup ini adalah seni untuk mencipta corak kematian kita suatu hari nanti..

ربنا تقبل منا صلاتنا وقيامنا وأعمالنا وتعبدنا تآمة
واغفرلنا ذنوبنا عامة ولا تعذبنا إلى يوم القيامة

Wallahu a'lam..

Friday, May 21, 2010

Terima kasih Ya Allah!!

Alhamdulillah..Syukur pada Mu tuhan kerana masih memakbulkan permintaan hambaMu walaupun jika dihitung pengabdian hambaMu kepadaMu, sangatlah tidak berbaloi untuk Kau memenuhi lagi permintaan hambaMu..

Mari kita hitung nikmat Allah yang kita dapat tanpa kita sedari...

1. Air/udara
Setiap masa kita guna air..kalau beg duit, kad atm,ic n apa2 dokumen penting hilang kita boleh beli lain...kalau air diberhentikan secara tiba2 tanpa dimaklumkan terlebih dahulu, maka akan riuhlah bukan setakat 1 kampung, bahkan semua manusia kat muka bumi bising..Dalam keriuhan tersebut, berapa orang yang sedar atau rasa bersalah dan mempersoalkan, adakah air diberhentikan ni disebabkan kita xbayar bil dengan pemilik dunia? Astaghfirullah... walaupun Allah tak minta untuk kita bayar air dan udara yang Allah kurniakan tanpa putus2, tapi kita sebagai manusia yang punya aqal sepatutnya tahu menilai pemberian yang dikurniakan tanpa bayaran..

Taatilah Allah..tinggalkan apa yang dilarang...Ini bayaran sebanar!!
kita xtermampu untuk membayar apa yang Allah kurniakan..dan Allah juga tidak mengharapkan duit dari kita sbg bayaran terbadap apa yang diberikan..

bersambung...

Mari menjadi hamba Allah yang bersyukur!!

Saturday, May 15, 2010

Nak Hidup Bahagia??

~ Bila ditanya orang yang waras soalan ini, semestinya jawapannya YA! Sape xnak hidup bahagia..Tapi bahagia orang yang waras semestinya bahagia yang berpanjangan..kalau seminit dua bahagia, itu xwaras namanya..

~ Jawapannya senang dan simple. Tapi usaha kena lebih untuk mendapatkannya..

~ Carilah dalam Al-Quran..Siapa yang xberusaha mencarinya, dia tergolong dalam golongan orang yang berganda2 tidak waras..

~ Al-Quran itu sumber petunjuk, sumber penawar, sumber hiburan...maka dampingilah ia sepanjang masa samada di waktu susah atau senang..

Jomla merenung sejenak...

> Sebelum kita dilahirkan dua tanggungjawab yang kita ditanya oleh Allah dan kita genggam dengan kedua belah tangan kita. pertama: untuk jadi khalifah, Kedua: untuk jd hamba Allah. Siapa yang lahir kat dunia ni semuanya adalah orang2 yang dah berjanji dengan Allah untuk tanggung 2 amanah ini.

> Umur kita 1-10 tahun , kita masih xdapat berfikir dengan baik.proses hala tuju peningkatan kematangan bergantung kpd biah sekeliling..Tetapi bagi sesiapa yang diajar hidup susah dari kecil, pemikiran nya cepat matang

> Umur 11-15 tahun, mula memahami erti kehidupan.Itupun memerlukan pemikiran yang kritikal, jika tidak apa yang berlaku hanya dibiar berlalu.

> 16 tahun ke atas, Mulai saat ini pemikiran perlu diperbaiki..Cuba kita ingat balik apa yang pernah kita genggam semasa kita dalam kandungan ibu..apakah kita sedang berusaha menunaikan amanah tersebut atau kita sudah LUPA??

> wAKTu inilah, nafu mula bermarajalela dlm diri..CINTA WANITA..CINTA PANGKAT..GILA WANG..GILA HIBURAN..HIDUP UNTUK ENJOY!!

> Di mana kita letak ALLAH??? Tuhan yang mengizinkan kita lahir ke dunia ini.
Kenapa kita TAK CINTA ALLAH sepertimana kita CINTA WANITA?? sedangkan ALLAH dan wanita darjatnya sgt berbeza dan saaaaaangat jauh. ALLAH yang mencipta wanita, tapi wanita yang dicinta..ADILKAH KITA SELAKU ORANG YANG MAMPU BERFIKIR bertindak seperti ini??

> Allah cipta kita dan dihantar ke dunia,mesti ada sebab dan tujuan..DIA juaga tahu kesusahan2 yang bakal kita akan tempuhi..Tapi Maha Kasih Sayang Allah, Dia tidak lempat kita ke bumi tanpa penunjuk jalan..AL-QURAN PENYELESAI SEGALA MASALAH..Tapi..adakah kita menggunakannya sebaiknya???

> AL-QURAN...Ohh AL-QURAN...kau disanjung..kau dijaga..kau disimpan..kau diletak sehingga tiada tangan yang mampu mencapai..Tapi sayang, isinya tiada siapa ambil peduli..bacaannya yang penuh hukum hakam tiada siapa mengangkatnya sebagai syarat lesen untuk terus hidup di atas muka bumi ini..Kenapa lesen memandu diangkat sehingga berduyun2 manusia bersesak2 untuk mendapatkan lesen,bimbang disaman di dalam perjalanAN di Dunia? Tetapi lesen hendak ke akhirat, tiada siapa endah sehinggakan ada sebahagiannya tidak mahu ambil tahu tentang hukum dalam bacaan isi Al-quran..tIDAK BIMBANGkah jika disaman sebelum sempat lagi sampai ke titian SIRAT??
Dimanakah keadilan kita menjalani hidup ini???

>> Sedar atau tidak saudara seagamaku...kadang2 kita berentak di atas muka bumi ini tanpa kita sedar lantai yang kita sedang pijak sekarang hanya pinjaman..Kembalilah semula mengingati AMANAH yang pernah kita BERJANJI untuk dilaksanakan sepanjang peluang yang Allah berikan untuk kita hidup di bumi pinjaman sementara ini..

>> Bertaubatlah..kembalilah kepada jalan2 yang menuju kepada PENCINTA,TUHAN RABBUL JALIL.Rendahkan diri, kuburkan kesombongan, sesungguhnya kita hamba yang sentiasa lalai n leka..

>>> RABBI, REDHAMU PUNCAK ASPIRASI..