Wednesday, February 6, 2019

PERINGATAN BUAT PARA ISTERI & IBU

Sebuah percakapan Iblis kepada anak buahnya...

"Jika kau ingin merosakkan sebuah keluarga, rosakkanlah dulu ibunya!!"

Beri dia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi.

Jika dia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya.

Biarkan dia merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah dia tidak memiliki apapun, selain lelah yang diperolehinya.

Setelah kau ambil rasa syukurnya, buatlah dia menjadi orang yang tidak percaya diri.

Sibukkan pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain.

Buatlah dia lupa akan kebaikan yang dia miliki.

Buatlah dia merasa kecewa dan tidak berharga.

Jika itu sudah terjadi, ambillah juga sabarnya.

Gaduhkan hatinya agar dia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya.

Buatlah dia merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan daripada anak dan juga suaminya.

Goda lisannya untuk berkata kasar,
hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura syurga dalam rumah.

Dan kau akan menemukan perlahan, rumah itu rosak… dari pintu seorang IBU..!!
....

Sekali lagi, makhluk penting itu bernama Ibu.

Lelah yang tidak selesai menjadi tempat masuknya syaitan,

Ia mengambil bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.

Jangan biarkan syaitan mengambil itu.

Jika kau lelah, rehatlah.

Jika kau lelah, berbagilah.

Sungguh tak ada satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai dirimu.

Ringankan tugasmu ibu.

Jangan menekan dirimu terlalu keras.

Sesekali tidak mengapa rumahmu kotor.

Tidak mengapa betapa banyaknya pekerjaan yang belum kau selesaikan.

Jangan terjebak dalam waktumu, ibu.

Sungguh tugas muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang kau lakukan setiap hari.

Rehatlah,
Walaupun tak mungkin kau tempuh jarak puluhan kilo untuk segarkan diri.

Sekadar menyendiri, menyendirilah.

Beri waktu untuk dirimu sendiri.

Sekadar melihat betapa banyak kebaikan yang kau punya.

Betapa manisnya keceriaan anak-anakmu.

Betapa bertanggungjawabnya suamimu.

Rasakan pelukannya.

Ada cinta dan ketulusanmu dalam tegap badannya.

Kau berharga ibu, jangan pernah lupakan itu.

Tetapi, saat mendengar masalah orang lain,kita semakin sedar bahawa perspektif kita menentukan cara pandang kita terhadap masalah.

Jika kita melihat perkara ini sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah.

Jika kita memandang diri hanya sebatas pelaku rutin biasa, kita tidak akan menemukan rohnya.

Berilah penghargaan kepada diri kamu, ibu.

Sungguh perananmu jauh lebih besar dari semua keluhanmu.

Jangan biarkan syaitan merosak bahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU kerana dari bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga

Baarakallahu fiikum...

Selamat menjemput syurga dalam aktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT..💗insyaAllah..

Tuesday, February 5, 2019

Kau Suami Kurniaan Allah

Tidak selayaknya untuk kupuja seorang manusia.
Cukuplah kepadaMu Ya Rab aku memuji.

Terima Kasih Ya Rabbi. Kurniakan hamba ini seorang suami, yang menjadi pelengkap kekuranganku. Menampung kelemahan diriku.



Terima kasih Ya Allah, kerana menghadiahkan aku,
Seorang suami yang bertanggungjawab.
Suami yang sangat pemurah dengan isteri sehinggakan keperluannya kadang2 dilupakan.
Suami yang rajin menolong isteri.
Suami yang sentiasa mengutamakan keperluanku. 
Engkau menghadirkannya sebagai hadiah yang lebih baik menggantikan yang terdahulu. 

Sungguh, langit dan bumi menyaksikan, kurniaanMu terlebih baik daripada permintaanku. Terima kasih Ya Rab. Tiada ucapan pujian yang lebih baik untuk ku ungkapkan kecuali 
الحمدلله على كل نعمته تتم الصالحات

Syukurku padaMu Ya Rab atas kurnianMu ini. Sehingga membuatku malu padaMu Ya Rab. 
Malu untuk lalai daripada mengingatiMu.
Malu untuk ku merungut, meminta agar keinginan nafsu dituruti.

Maka Ya Allah, ampunkan segala dosa hambaMu jika aku terlalai dan lupa daripada bersyukur di atas segala kurniaanMu.

Buat suamiku..

Kupaterikan di hatiku..engkau WIRA  buatku. Engkau SANG PERWIRA disaat kelahiran anak pertama, Wan Hanan. Pengorbananmu, segala titik peluhmu, segala qudratmu..sangat kuhargai. Sesungguhnya semua ini adalah keizinan Allah untukmu duhai suamiku. Tanpa keizinan dan bantuan daripada Allah, barangkali banyak lagi dugaan yang perlu ditempuh. 

Kenangan bersamamu, susah senang bersama, Allah telah menyaksikannya.. Moga Allah membalasnya dengan sebesar2 ganjaran. Aameen Ya Rab.











Terima kasih suamiku, 
Terima Kasih Ya Rab.


Peliharalah Ya Allah rumahtangga kami.
Pelihara dan berkatilah keluarga kami.
Jauhkan keluarga kami dari segala kejahatan, kemudaratan,bala dan segala malapetaka. Pandanglah kami walau kami hanya insan biasa. 

Hanya kepadaMu Ya Rabbi kami memohon keselamatan, perlindungan dan pertolongan.

Maqbulkan segala permintaan kami Ya Rabb.



Monday, February 4, 2019

BAHTERA ANUGERAH ILAHI

Bahtera Anugerah Ilahi

Syukur padaMu Ya Rab.
Setelah diuji Allah pada 2014 yang lalu, kini tahun 2018, dengan rahmat kasih sayang Allah, Allah telah menetapkan pada 13 April 2018, saya diijabqabul dengan seorang insan yang mulia sebagai suami, Wan Mohd Syahir bin Ibrahim.



Tiada siapa sangka. Tiada siapa yang merancang. Tiada siapa yang tahu. Nurul Husna binti Abdullah akan berkahwin pada tarikh tersebut. Hanya doa sahaja dipanjatkan siang dan malam agar Allah mengurus kehidupan ini yang terbaik dari sisi Allah.

Walimatul urus yang sangat yang sangat simple dan sangat meninggalkan kenangan yang mendalam. Kerana dirancang dan diurus dalam tempoh sebulan. Diurus dan dibantu oleh ahli keluarga dan sahabat2 terdekat. Keluarga mengurus persiapan jamuan kesyukuran di MATIS. Manakala sahabat2 mengurus persiapan diri dan perkara sampingan.










Buat keluargaku...
Terima kasih atas segalanya kerana sentiasa bersama berdoa dan membantu sepanjang urusan untuk mendirikan baitul muslim ini.

Buat sahabat2..
Kakak2, sahabat2 UPM, Maktab Mahmud dan adik2 UPM khususnya yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung. Sahabat2 dan guru2 yang sentiasa berdoa.
Terima kasih yang tidak terhingga. Tiada balasan yang mampu dibalas kecuali balasan dan ganjaran Allah adalah sebaik2 balasan untuk kalian.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan hidul kalian dan mengeluarkan kita semua daripada masalah dan kesusahan.

Terima kasih semua.

TERIMA KASIH YA RAB atas kurniaan mereka kepadaku.

Wan Hanan anugerah Ilahi

12 Februari 2019

ALLAH, syukur atas nikmat anak ini kepada kami.
                       Hanan hari pertama

Setelah sekian lama aku menginginkan anak dari rahim yang Allah pinjamkan ini, akhirnya Allah izinkan untuk Wan Hanan lahir setelah 3 hari menunggu untuk Wan Hanan lahir. Ummi masuk ke LR pada jam 3.45petang diiringi ayah yang tidak putus2 berdoa. Berkat doa semua, pada jam 1045 mlm wan hanan lahir.

Terima kasih Ya Allah..tidak dapat dibayangkan lagi sakit di LR. Hanya Allah Maha Tahu.

Setelah masuk ke wad biasa, Wan Hanan pula perlu ditahan di NICU krana dibimbangi ke infection air ketuban. Selepas sehari.masuk NICU, Wan Hanan kena demam kuning. Selepas 7 hari di NICU, wan hanan dibenarkan balik. Tapi demam kuning masih belum sembuh.

Moga Allah, sembuhkan Wan hanan dari
segala kesembuhan. AAMEEN YA RABB..


                          Hanan hari ke-7

                           Hanan hari ke-10

                        Hanan hari ke-12

                          Hanan hari ke-13

                       Hanan hari ke-14

                         Hanan hari ke-16

                         Hanan hari ke-20

                          Hanan hari ke-21

Ayah kena balik Bangi, jumaat malam ke-21. Hanan nampak sedih. Ayah perlu balik untuk kembali bekerja mencari rezeki.

                        Hanan hari ke-22

                        Hanan hari ke-23

Buat anak ummi ayah, anugerah Allah, Wan Hanan...ummi doakan yang trbaik untukmu.

ﺍَﻟﻠَّﻬَﻢَّ ﺍﺣْﻔَﻆْ ﻭَﻟَﺪَتِي طُول حَيَاتِها.
ﻭَﺍﺷْﻔِﻪَا ﺃَﻧْﺖَ ﺍﻟﺸَّﺎﻓِﻲْ ﻻَ ﺷِﻔَﺎﺀَ ﺇِﻻَّ ﺷِﻔَﺎﺅُﻙَ ﺷِﻔَﺎﺀً ﻻَ ﻳُﻐَﺎﺩِﺭُ ﺳَﻘَﻤًﺎ ✿
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ اجْعَلْهَا ﺣَﺴَﻨَﺔً. ﻭَﺛَﺒِّﺖْ ﻗَﻠْﺒَﻪَا ﺇِﻳْﻤَﺎﻧًﺎ ﺑِﻚَ ﻭَﺑِﺮَﺳُﻮْﻟِﻚَ ✿
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ اجْعَلْ حَيَاتَهَا وَكُلَّ أُمُورَهَا ﺳَﻬْﻼً ﻭَﺳَﻼَمًا ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ اجْعَلْها صَحِيحَةً كَامِلَةً ﻋَﺎقِلَةً ﺣَﺎﺫِقَةً زكِيَّةً ﻋَﺎلمَةً ﻋَﺎمِلَةً مؤمنة صالحة ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻃَﻮِّلِي ﻋُﻤْﺮَهَا ﻭَصَحِّحِي ﺟَﺴَﺪَها ﻭَحَسِّنِي خُلُقَهَا ﻭَﺃَﺣْﺴِﻦْ ﺻُﻮْﺭَتَهَا ﻭَﺍفصحي ﻟِﺴَﺎنها ﻟِﻘِﺮَﺍﺀَﺓِ ﺍﻟْﻘُﺮْﺁﻥِ ﻭَﺍﻟْﺤَﺪِﻳْﺚِ ﺑِﺒَﺮَﻛَﺔِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦَ" ✿

Artinya :
Ya Allah, peliharalah anakku sepanjang hidupnya. Dan sihatkanlah dia, kerana sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Menyihatkan tiada kesihatan tanpa kesihatan dariMu, kesihatan yang tidak meninggalkan penyakit sedikit pun. ✿
Ya Allah, jadikan dia insan yang bagus dan
tetapkanlah hatinya untuk beriman
kepadaMu dan kepada rasulMu. ✿
Ya Allah jadikan kehidupannya dan segala urusannya dengan mudah dan selamat. ✿
Ya Allah jadikanlah dia anak yang sihat,
sempurna, cerdas, cekap, bijak berilmu
mengamalkannya, mukmin dan soleh ✿
Ya Allah panjangkanlah umurnya,
sihatkanlah badannya, baguskanlah
akhlaknya, elokkanlah rupanya, fasihkanlah lisannya untuk membaca al Qur’an dan hadist dengan berkah pemimpin kami Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Aameen Ya Rab.

Moga Hanan jadi permata ummi dan ayah.

                            Hanan hari ke-24

Terima kasih Ya Allah, atas segala kurniaanMu.

Ya Allah peliharalah keluarga kami.
Kurniakan kepada kami kesihatan yang berterusan agar kami dapat menjalankan amanahmu.
Peliharalah setiap langkah kami
Berkati umur kami.
Murahkan dan luaskan rezeki untuk kami.
Berkatilah rezeki yang Engkau kurmiakan untuk kami.
Jadikan kami hamba yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaanMu samada sikit atau banyak.
Kuatkan dan perteguhkan iman kami.
Ya Allah, jangan biarkan kami menentukan hala tuju kami sendiri walau sekelip mata.
Hanya padaMu kami memohon pertolongan atas segala kelemahan dan kesusahan kami.
Tidak cukup kami selaku hamba untuk menadah tangan memohon sedikit cuma kerana kami hamba yang penuh dengan kekurangan serta fakir.
Maka Ya Allah, kami mengharap segala2nya daripadaMu. Berilah apa sahaja yang kami perlu pada masa kami memerlukan.

Aameen Ya Rabbb.