Thursday, March 31, 2016

Renungan

Renungankan bersama...Syair Imam Asy Syafie



إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــيKupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Ramadhan n Syawal bakal tiba....

Hampir 4 tahun aku tidak merasakan kegembiraan Syawal..

Tidak mampu meraikan Syawal spt orang lain..

Syawal 2012...Ujian sakit

Syawal 2013... Ujian abah sakit

Syawal 2014... Ujian hebat yang tidak pernah disangka sehingga hampir aku menjadi mayat hidup... Tapi syukur alhamdulillah.. berkat doa semua..Allah hidupkan kembali ruh kehidupanku...

Syawal 2015.... Keseorangan merayakan  Syawal disaat orang lain bersama keluarga masing-masing...aku merenung sejadah dengan air mata sambil menadah tangan...

Mengharap Allah kuatkan hati untuk teruskan langkah hidup.

Moga Syawal 2016 Allah hadirkan kegembiraan dari sisi Nya


Allahumma ballighnaa Ramadhaan..

HIDUP SATU UJIAN

Ujian-ujian yang mendatang kadang-kadang terasa hampir tersungkur menyambah bumi.

Kupinta Ya Allah....

Jangan tinggalkan hambaMu..

Aku menyedari tiadalah semua ujian hidup ini berlaku kecuali Engkau memberi peluang untuk aku mensucikan dosaku dengan bertaubat kepadaMu...


Tuhanku....

Pimpinlah langkahku biarpun lemah atau gagah...
Betulkan salah silapku..

Gantikan apa yang hilang dariku dengan gantian yang lebih baik dari sisi MU..Ya rabb

Sunday, March 20, 2016

PETA HIDUP

INILAH BUAH TANGAN DARI SAHABAT DARI PETRAJAYA, KUCHING

Saturday, March 19, 2016

Syair Imam Syafi'i Rahimahullah



إِذَا المَـرْءُ لاَ يَـرْعَـاكَ إِلاَ تَكَلُّفـاً # فَـدَعْهُ وَلاَ تُكْثِـرْ عَلَيْـهِ التَّأَسُّفَـا
Jika seseorang menghormatimu hanya sekedar terpaksa
Tinggalkan saja dan tak perlu kau kasihani


فَفِي النَّـاسِ أَبْدَالٌ وَفِي التَّرْكِ رَاحَـةٌ # وَفي القَلْبِ صَبْـرٌ لِلحَبِيبِ وَلَوْ جَفـا
Masih banyak pengganti dan kau tenang saat kau pergi meninggalkan
Di dalam hati kesabaran kepada kekasih walaupun dijauhi

فَمَا كُلُّ مَنْ تَـهْوَاهُ يَهْـوَاكَ قَلْبُـهُ # وَلاَ كُلُّ مَنْ صَافَيْتَـهُ لَكَ قَدْ صَفَـا
Tidak semua yang kau cintai, dia mencintaimu dengan hatinya
Dan tidak pula setiap yang kau tulus dengannya akan tulus kepadamumu

إِذَا لَمْ يَكُـنْ صَفْـوُ الوِدَادِ طَبِيعَـةً # فَلاَ خَيْـرَ فِي خِـلِّ يَـجِيءُ تَكَلُّفَـا
Andai ketulusan cinta tidak datang sewajarnya
Apa ertinya cinta yang lahir dengan terpaksa

وَلاَ خَيْـرَ فِي خِلٍّ يَـخُونُ خَلِيلَـهُ # وَيَلْقَـاهُ مِنْ بَعْـدِ المَـوَدَّةِ بِالجَفَـا
Apa artinya seorang teman yang menghianati sahabatnya
Yang berubah keras yang dulu begitu mencintainya

وَيُنْكِـرُ عَيْشـاً قَدْ تَقَـادَمَ عَهْـدُهُ وَيُظْهِـرُ سِرًّا كَانَ بِالأَمْسِ قَدْ خَفَـا
Dan dia memungkiri kehidupan persahabatan selama ini ,
Dan dia membuka segala rahsia/aib yg selama ini dirahsiakan berdua

سَلاَمٌ عَلَى الدُّنْيَـا إِذَا لَمْ يَكُنْ بِـهَا # صَدِيقٌ صَدُوقٌ صَادِقُ الوَعْدِ مُنْصِـفَا
Selamat tinggal dunia.... jika tak ada lagi
Sahabat yang tulus, jujur dan berbudi pekerti.
Dan dia menzahirkan rahsia semalam yang telah menjauhi

Thursday, March 17, 2016

Masa Depan kita milik Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله على كل نعمته تتم الصالحات
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين

Terima Kasih Ya Rabb atas nikmat kurniaMu yang tidak putus-putus walaupun sudah acapkali sekalian hambaMu melupaiMu.

Memori lalu menggamit kembali

Bertahun-tahun lalu, teringat impian hati untuk menjadi seseorang.

Ya, ketika zaman, kanak-kanak atau sekolah menengah, setiap orang pasti ditanya,
"Nanti besar kamu nak jadi apa?"

Lalu jawapan yang keluar dari bibir...
"Saya nak jadi doktor. Nak tolong keluarga sakit senang."

" Nak jadi doktor kena belajar sungguh-sungguh. Ambil aliran Sains. Pointer kena 4.0"


SK PAYA RAWA
1994-1999

Kuakhiri zaman kanak-kanak dengan UPSR 4A 1B.
Bahasa Inggeris hanya mampu setakat itu.

Syukur abah masukkan ke sekolah yang sangat bererti dalam hidupku

MAKTAB MAHMUD ALOR STAR
2000-2005

Tempat bermulanya tarbiyyahku

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku 9A PMR.

Sedangkan percubaan, B.Inggeris selalu tak dapat A. Tetapi itulah rezeki.



Allah beri kelebihan kepadaku untuk rajin berusaha.
Aku berpegang pada satu kata-kata hikmat dari dulu hingga sekarang,
" Aku datang dari keluarga susah. Aku jangan lupa daratan."

Biarpun, sahabat-sahabatku datang dari golongan yang lebih senang dariku, tapi aku tetap dengan gaya hidup yang sederhana. walaupun di hati juga punya keinginan yang bermacam-macam.


Lepas PMR, berpeluang menyambung dalam aliran Sains.

Tingkatan 4 dan 5 adalah tahun yang sepatutnya aku lebih bersungguh-sungguh belajar.

Tapi inilah tahun yang jika Allah mengizinkan aku dapat kembali, aku pasti mahu kembali.

Aku hilang fokus belajar. Bukan salah orang lain. Tapi salah diriku.

Bermula dari saat ini aku rasa, ada salah silapku yang barangkali kafarahnya Allah bayar sedikit demi sedikit pada tahun-tahun selepasnya.

SPM aku alhamdulillah berjaya mendapat 6A1. Tidak secemerlang PMR. Sepatutnya aku perlu mendapat 12A1.

Aku teruskan pengajian untuk mengambil STAM. Aku masih mencari erti hidup walaupun sudah berada dihujung masa di Sekolah yang sangat mentarbiyyah diriku.

Suatu Hari pasti aku akan menceritakan betapa besarnya keberkatan di bumi Maktab Mahmuh Alor Setar yang membentuk jiwaku.


Kolej Matrikulasi Changlun
Mei 2005 - Mei 2006
Pada Mei 2005, Aku mendapat tawaran ke KMC, Changlun. Di sinilah bermula episod aku mula mencari erti hidup.


Di Maktab Mahmud, hidup bersama kawan-kawan sefikrah, di KMC perlu mencari kawan untuk memastikan aku tidak terjebak dalam budaya sosial  yang sangat membimbangkan.
Kerana terlalu bimbang, setiap minggu aku nak pulang ke rumah. Sehingga sikapku sangat menghairankan ibuku. Kerana ibuku tahu bahawa aku adalah anak yang susah homesick dari zaman sekolah.

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu, aku dapat menyesuaikan diri. Aku mahu rakamkan dan tulis nama teman-temanku yang dengan izin Allah, aku masih dapat terus istiqamah menjaga diri dengan syariat Allah.
Merekalah:
Nuurol Farhana binti Mohd Zaki - Jumpa dalam bas ketika hendak pulang ke kampung
Fatimah az-Zahra' - Dari Sek Men Sultanah Asma. Classmate yang sangat penyabar.
Siti Aisyah bt Mohd Dani - bertemu di surau.
Mardhiah - Bertemu dalam usrah
Sofiah Zarith - temanku hingga ke ipt

Inilah teman-temanku yang sangat membantu hidupku dengan izin Allah.

Allah rahmatilah mereka.


Ketika di KMC, aku mengimpikan untuk mendapat 4.0 cita-cita untuk menjadi dotor masih tersemat di hati.

Tetapi, Allah lebih mengetahui masa depan ku..

Akhirnya aku hanya mampu untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang tak kurang hebatnya.

Julai 2006- 2010
UPM- Bac Pend Kimia
Kolej ke-5







Di sini bermula perjalanan hidup kali ke-2 yang sangat memerlukan mujahadah diri. UPM tidak pernah menjadi harapan untukku  jejaki.

Kolej ke-5 aku ditempatkan. Allah ... biahnya yang sangat merisaukanku



Aku meneruskan pengajian bersama teman-teman seperjuangan

Bermula cabaran-cabaran demi cabaran

Tanggal 2007... perubahan yang aku buat selepas istikharah

Tukar course pend Kimia kepada Bahasa Arab

Julai 2008-2011
Bac Bahasa Asing (B.arab)

Pilihan yang dibuat ini selepas istikharah dan istisyarah
Pesan guru...
Buatlah istikharah
Puasa di siang hari..
Air mata menemani diri

Allah...berilah keputusan yang memberi manfaat kepadaku dan kepada ummah..

Siapa sangka...

segalanya berubah

Impian untuk menjadi doktor...aku kuburkan......

Kerana aku mula nampak hala tujuku...

Daei untuk ummah, tidak menetapkan dirinya untuk menjadi sekian, sekian manusia.

Tapi seorang daei, jadilah apapun, dia tetap terus menyumbang. Pesan Naqibah dan Murabbi.

Maka, aku redha dengan taqdir Allah ini.

Aku perlu mempersiapkan diri..

Cabaran di masa depan pasti lebih mencabar yang barangkali sesuatu yang tidak kusangka akan berlaku.

Ya. Allah..jangan tingalkan aku walau sekelip cuma...





Ayuh Rakan Taulan, Berlari mencari Cinta Rabb

Cinta itu fitrah manusia.
Tapi cintakan manusia, ia akan pergi.
Cintakan Allah, Dia kekal selamanya.

Ayuh perbaiki cinta.


Damba Cinta MU

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganmu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu
Kutakut kepadaMu
Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


Wednesday, March 16, 2016

Mulakan 2016 Semangat Baru. Ar-Ruhul Jadid


بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمدلله على كل نعمته تتم الصالحات

Syukur atas segala nikmat yang tiada kata mampu dilafaz. Tanpa kekuatan darinya, barangkali aku tiada nilai hidup di dunia yang fana ini. Tiada harga mampu kubalas atas nikmat dari Allah ini, tiada kata mampu untuk dilafaz. Ujian demi ujian.. Allahu Rabbii. Engkau masih mengizinkan aku untuk aku terus menyumbang dalam perjuangan dakwah ini. Kumulakan kembali blog ini dengan sebuah lagu yang dikirimkan oleh seorang sahabat. Terimalah...
 
Perjalanan Hati

Tuhan, dengarlah hatiku
HambaMu yang lemah ini
Oh Tuhan bantulah aku
Menerima ujian dariMu Tuhan, kuatkanlah aku
HambaMu yang hina ini
Berikanlah kekuatan hatiku
Moga cintaku padaMu selalu
Perjalanan ini penuh berliku
Onak jua duri yang datang padaku
Moga ia akan tetap menjadikanku
Sentiasa bersamaMu Tuhan...

 Tuhan, Andai masih ku gagal
Untuk meneruskan kehidupanku
Teruslah membantuku
Sesungguhnya aku ingin selamat
Di dalam rahmatMu

Tuhan, kuatkanlah aku
HambaMu yang hina ini
Berikanlah kekuatan hatiku
Moga cintaku padaMu selalu
Moga di hujung nanti manisnya ku rasai
Hikmah tersembunyi dari sakit diuji
Moga ia akan tetap menjadikanku sentiasa bersamaMu Tuhan...

Ku pohon padaMu Ya Allah... 
Tolonglah aku untuk terus melangkah.. sesungguhnya tiada daya dariku kecuali dengan keizinanMu. Cukuplah air mata titisan jernih ini menyaksikan segalanya. Terima kasih Ya Rabbi