Sunday, April 10, 2016

1 Rejab ... 9 April Miilaadii..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله على كل نعمته تتم الصالحات

 اللهم بارك لنا في رجب وشعبان. وبلغنا رمضان المبارك

1 Rejab y bakal mlabuhkan tirai
Hari ini, "hujan" berkali2 turun..

Singgah d masjid.. awan di kelopak mata seperti tidak tertanggung bebanan air yang sudah lama bertahan. akhirnya ia menitis ketika sujud..
usai solat mengambil masa untuk berbicara denganNya..
 lebat kelopak mata semakin laju..Allahu Rabbii..
Barangkali sudah lama tidak hujan..

Teruskan berzikir, berwirid, membaca hizib
Aku tekad untuk menghabiskan juzuk 30 di hari lahirku..
Baru kusedari, dalam juzuk 30 ada 2 tepat sujud tilawah..
Lagi banyak sujud, lagi banyak air menakung dan tumpah di tempat sujud..
Ku akhiri i'tikaf di Masjid UPM pada hari lahir yang ke-29 ini dengan sujud syukur..

Aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah banyak aku kecapi.
Biarpun aku tidak memiliki apa yang orang lain miliki, tapi aku masih memiliki apa yang orang lain tidak miliki..
aku menunggu shgga hujan di kelopak mata bhenti, baru aku menapak keluar dari masjid menuju ke kereta. balik ke rumah.

Selepas solat maghrib... ada surprise  dari adik2 y berhati mulia..
Hujan turun lagi...😢


Kek sempena hari lahir ku dan adik serumah..

Inilah sebahagian adik serumah, pertama dari kanan: fatehah, hakimah, Yasuko (kwn dari Jepun), ibu Hani, Hani. Ketika berkunjung ke rumah hani.

Ini adik serumah merangkap adik usrah yang telah menaiki anak tangga baitul muslim..Aqilah Mukhtar.

Ini seorang lagi adik serumah, Fatehah yang juga baru menaiki tangga baitul Muslim..

Merenung sejenak.. tahun ini baru dikuatkan kaki melangkah ke walimah sahabat2. Ini walimah ke tiga bagi tahun 2016 dimulai dengan walimah adik Zulaikha Khaulah..

Ya Allah.. bersyukur atas nikmat ukhwah ini yang menjadi sumber kekuatan untukku meneruskan langkah..

Teringat pesan ustzh Nik Farhan..
menangislah jika mahu menangis..moga air mata y mngalir itu dpt mmadam api neraka d akhirat nanti..  😢😢

Andai diberi peluang utk dkabulkn doa olehNya pada saat ini... aku ingin pinta padaMu Ya Allah..

kurniakan daku hati n jiwa yang sentiasa sabar dgn sgala ujian n kata2 mnusia y mruntuhkan.

Allahu rabbii.. hdupkan aku bersama org2 y sntiasa mmperbaiki Iman n taqwa kpdaMu bkn dgn mnusia y sibuk mncari kesalahan orang lain.
 
Allahumma Aameen

Dapat syair nasihat dari adik usrah, Norafidah bt Sarif. Sangat menusuk jiwa..sehingga membuatkan menitis lagi air mata..

Fașbir fașobrun jamīl..wallahul must'aān 'alā mā tașifūn.

Andai rasa sedih..
Pandang langit.
Ingatlah Allah masih ada.

Andai rasa resah..
Renung dasar hati.
Yakinlah Allah pemilik hati.

Andai rasa putus asa..
Bayang sungai yang mengalir.
Walaupun dihalang bebatu keras.

Andai rasa kecewa..
Lihat hakikat alam.
Percaya Allah Maha Berkuasa.

Andai rasa tersisih..
Lihatlah purnama dimalam sepi.
Yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri.
kredit to Norafidah Sarif

 Allah.. di hari lahirku pada 9 April,
aku membuat satu keputusan yang ku harap keputusan ini adalah baik untuk agamaku, hidupku di dunia dan di akhirat dan tetapkan aku terus istiqamah di atas jalan perjuangan menyebarkan agamaMu ini hingga ke akhir hayatku.
Kau permudahkan segala urusan hidupku.
Kuatkan aku menghadapi segala ranjau onak berduri..
Kuatkan aku Ya Rabb..

Permudahkan perjalananku untuk menuntut ilmu ini..

Permudahkan anak-anak didikku untuk memahami ilmu agamaMu. Dekatkan mereka dengan al-Quran. Kurniakan mereka dan aku kejayaan di dunia dan akhirat.

Aameen Ya rabbal 'aalamiin..


No comments:

Post a Comment