Saturday, June 4, 2016

Pandanglah HambaMu Yaa Rabbii

Aku Tidak Mampu Menulis..
Ku pinjam bingkisan saudara seagamaku..
seperti luanghannya... itulah luahan ku Ya Rabb..

Semoga Allah merahmati saudara yang menulis bingksan ini.



Sesungguhnya kesedihan dan penderitaan didunia ini hanyalah sementara..Namun, berharaplah agar dijauhi kesedihan dan penderitaan diakhirat, kerna ia kekal abadi..Usah terlalu gembira didunia ini, kerna kita tidak mengetahui nasib di'sana'..Kematianmu boleh terjadi bila2 masa saja..Org yg paling bijak ialah mempersiapkan amal bekalan untuk dibawa kesana..~Kita mengetahui, namun tidak buat apa2..






  • 6:18 PM
    Kesedihan&sengsara akan terukir didlm hati..Bersyukurlah, kerna suatu hari nanti, dikau pasti menitis air mata kegembiraan bila terkenangkannya..Bukan semua yg dpt merasai kerna tiada siapa inginkan ujian, namun Allah meletakkan dirimu didlmnya krn ingin memberi kegembiraan tak terhingga pd masa akan dtg~yakinlah padaNya~





  • 6:24 PM
    Manusia sering tak puashati..Bila panas, inginkan hujan..Bila Allah turunkan hujan, minta cerah..Jarang disyukuri...Hakikat Allah jadikan sesuatu, bukanlah untukmu semata2, namun Allah lebih mengetahui ada yg lebih memerlukan..Kerana disebalik kejadian, ada makhlukNya yg lebih mensyukurinya~Ketahuilah dan selamilah setiap kejadian~





  • 1:27 PM
    2/23
    Sahabat tidak perlu ramai, cukuplah sedikit, namun setia. Bukan sementara tapi selamanya, susah senang bersama. Bukan untuk dimusuhi, tapi disayangi.Bukan untuk dilupai, tapi diingati.Bukan hanya disisi, tapi dimana-mana namun sentiasa dikenang didlm doa dan hati.Bukan untuk setakat ini, tapi selamanya..Dan bukan untuk semata2 duniawi namun kerana Yang Maha Esa~..Ukhwah fillah~





  • 5:14 PM
    Bukan mudah untuk menyulam cinta insani lillahi taala..kerana ramai yg tertewas dgn cinta manusia sedangkan matlamat asal untukNya..Adakalanya pabila bertapaknya cinta insan di hati, beransurlah hilang cintakanNya, terus terleka dan terbuai dgn khayalan yg dicipta sendiri..kerana nafsu sedang menguasai diri..sedangkan cinta itu adalah suci, namun disalahgunakan krn kepentingan diri sendiri hingga lupa matlamat yg asal~





  • 7:30 PM
    Sekian lama aku meniti bara, bara dunia..Mencari segenggam rahmat sinaran Iman..Dicelah tadahan doa dan jua amalan diri, agar hidup matiku hanya untukMu..Moga kutemui sinaran suci disebalik onakMu rintangan menimpa..Biarpun terluka, pasti berpisah, darah mengalir mekar untuk selamanya..akan ku capainya jua..Terimalah hambaMu yg lemah ini, tiada berdaya, selaut kasihMu akan kutadah, biarpun diriku terasa hina.





  • 11:01 PM
    Jasad memerlukan makanan untuk sihat, begitulah juga dgn roh..namun tak ramai yg cuba memenuhi keperluan roh, sedangkan jasad dihidangkan dgn pelbagai makanan yg lazat dan enak..Andai salah satu tidak sihat, sudah pasti diri juga yg menghadapi masalah~Ia saling memerlukan antara satu sama lain~





  • 11:15 PM
    Indahnya hidayahMu, yg mampu sinari ruang qalbuku..Luruh airmataku syukuri ni'matMu..Ya Allah, pimpinlah hati ini untuk ku menghayati petunjukMu, walau diuji kesabaran dan keimananku, tidak tercabar keyakinanku pd janji2Mu, tetap bersujud dihadapanMu merayu cintaMu, seluruh jiwa kuserahkan hanya untukMu~semoga diriku kekal dijalanMu~





  • 11:42 PM
    Masa mengubah segalanya, ilmu jua membentuk bijaksana, memajukan diri, mencipta kecemerlangan, melepas diri dari cengkaman..Berubah rebutlah sebaiknya, yang tergadai tebuslah semula..Nyalakan kembali keagungan berteraskan ilmu kebijaksanaan..Bijak mentadbir menilai masa..Memperguna minda sebijaknya..Gemilangkan agama, jangan kalah dengan tipu daya~ 
    Allah...... Tetapkan hatiku..Kuatkan Imanku.. Jangan Kau tinggalkan aku dalam kegelapan nur cahaya hidayah dan rahmat kasih sayangMu..

  • No comments:

    Post a Comment