Tuesday, February 5, 2019

Kau Suami Kurniaan Allah

Tidak selayaknya untuk kupuja seorang manusia.
Cukuplah kepadaMu Ya Rab aku memuji.

Terima Kasih Ya Rabbi. Kurniakan hamba ini seorang suami, yang menjadi pelengkap kekuranganku. Menampung kelemahan diriku.



Terima kasih Ya Allah, kerana menghadiahkan aku,
Seorang suami yang bertanggungjawab.
Suami yang sangat pemurah dengan isteri sehinggakan keperluannya kadang2 dilupakan.
Suami yang rajin menolong isteri.
Suami yang sentiasa mengutamakan keperluanku. 
Engkau menghadirkannya sebagai hadiah yang lebih baik menggantikan yang terdahulu. 

Sungguh, langit dan bumi menyaksikan, kurniaanMu terlebih baik daripada permintaanku. Terima kasih Ya Rab. Tiada ucapan pujian yang lebih baik untuk ku ungkapkan kecuali 
الحمدلله على كل نعمته تتم الصالحات

Syukurku padaMu Ya Rab atas kurnianMu ini. Sehingga membuatku malu padaMu Ya Rab. 
Malu untuk lalai daripada mengingatiMu.
Malu untuk ku merungut, meminta agar keinginan nafsu dituruti.

Maka Ya Allah, ampunkan segala dosa hambaMu jika aku terlalai dan lupa daripada bersyukur di atas segala kurniaanMu.

Buat suamiku..

Kupaterikan di hatiku..engkau WIRA  buatku. Engkau SANG PERWIRA disaat kelahiran anak pertama, Wan Hanan. Pengorbananmu, segala titik peluhmu, segala qudratmu..sangat kuhargai. Sesungguhnya semua ini adalah keizinan Allah untukmu duhai suamiku. Tanpa keizinan dan bantuan daripada Allah, barangkali banyak lagi dugaan yang perlu ditempuh. 

Kenangan bersamamu, susah senang bersama, Allah telah menyaksikannya.. Moga Allah membalasnya dengan sebesar2 ganjaran. Aameen Ya Rab.











Terima kasih suamiku, 
Terima Kasih Ya Rab.


Peliharalah Ya Allah rumahtangga kami.
Pelihara dan berkatilah keluarga kami.
Jauhkan keluarga kami dari segala kejahatan, kemudaratan,bala dan segala malapetaka. Pandanglah kami walau kami hanya insan biasa. 

Hanya kepadaMu Ya Rabbi kami memohon keselamatan, perlindungan dan pertolongan.

Maqbulkan segala permintaan kami Ya Rabb.



No comments:

Post a Comment