Thursday, March 17, 2016

Masa Depan kita milik Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله على كل نعمته تتم الصالحات
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين

Terima Kasih Ya Rabb atas nikmat kurniaMu yang tidak putus-putus walaupun sudah acapkali sekalian hambaMu melupaiMu.

Memori lalu menggamit kembali

Bertahun-tahun lalu, teringat impian hati untuk menjadi seseorang.

Ya, ketika zaman, kanak-kanak atau sekolah menengah, setiap orang pasti ditanya,
"Nanti besar kamu nak jadi apa?"

Lalu jawapan yang keluar dari bibir...
"Saya nak jadi doktor. Nak tolong keluarga sakit senang."

" Nak jadi doktor kena belajar sungguh-sungguh. Ambil aliran Sains. Pointer kena 4.0"


SK PAYA RAWA
1994-1999

Kuakhiri zaman kanak-kanak dengan UPSR 4A 1B.
Bahasa Inggeris hanya mampu setakat itu.

Syukur abah masukkan ke sekolah yang sangat bererti dalam hidupku

MAKTAB MAHMUD ALOR STAR
2000-2005

Tempat bermulanya tarbiyyahku

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku 9A PMR.

Sedangkan percubaan, B.Inggeris selalu tak dapat A. Tetapi itulah rezeki.



Allah beri kelebihan kepadaku untuk rajin berusaha.
Aku berpegang pada satu kata-kata hikmat dari dulu hingga sekarang,
" Aku datang dari keluarga susah. Aku jangan lupa daratan."

Biarpun, sahabat-sahabatku datang dari golongan yang lebih senang dariku, tapi aku tetap dengan gaya hidup yang sederhana. walaupun di hati juga punya keinginan yang bermacam-macam.


Lepas PMR, berpeluang menyambung dalam aliran Sains.

Tingkatan 4 dan 5 adalah tahun yang sepatutnya aku lebih bersungguh-sungguh belajar.

Tapi inilah tahun yang jika Allah mengizinkan aku dapat kembali, aku pasti mahu kembali.

Aku hilang fokus belajar. Bukan salah orang lain. Tapi salah diriku.

Bermula dari saat ini aku rasa, ada salah silapku yang barangkali kafarahnya Allah bayar sedikit demi sedikit pada tahun-tahun selepasnya.

SPM aku alhamdulillah berjaya mendapat 6A1. Tidak secemerlang PMR. Sepatutnya aku perlu mendapat 12A1.

Aku teruskan pengajian untuk mengambil STAM. Aku masih mencari erti hidup walaupun sudah berada dihujung masa di Sekolah yang sangat mentarbiyyah diriku.

Suatu Hari pasti aku akan menceritakan betapa besarnya keberkatan di bumi Maktab Mahmuh Alor Setar yang membentuk jiwaku.


Kolej Matrikulasi Changlun
Mei 2005 - Mei 2006
Pada Mei 2005, Aku mendapat tawaran ke KMC, Changlun. Di sinilah bermula episod aku mula mencari erti hidup.


Di Maktab Mahmud, hidup bersama kawan-kawan sefikrah, di KMC perlu mencari kawan untuk memastikan aku tidak terjebak dalam budaya sosial  yang sangat membimbangkan.
Kerana terlalu bimbang, setiap minggu aku nak pulang ke rumah. Sehingga sikapku sangat menghairankan ibuku. Kerana ibuku tahu bahawa aku adalah anak yang susah homesick dari zaman sekolah.

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu, aku dapat menyesuaikan diri. Aku mahu rakamkan dan tulis nama teman-temanku yang dengan izin Allah, aku masih dapat terus istiqamah menjaga diri dengan syariat Allah.
Merekalah:
Nuurol Farhana binti Mohd Zaki - Jumpa dalam bas ketika hendak pulang ke kampung
Fatimah az-Zahra' - Dari Sek Men Sultanah Asma. Classmate yang sangat penyabar.
Siti Aisyah bt Mohd Dani - bertemu di surau.
Mardhiah - Bertemu dalam usrah
Sofiah Zarith - temanku hingga ke ipt

Inilah teman-temanku yang sangat membantu hidupku dengan izin Allah.

Allah rahmatilah mereka.


Ketika di KMC, aku mengimpikan untuk mendapat 4.0 cita-cita untuk menjadi dotor masih tersemat di hati.

Tetapi, Allah lebih mengetahui masa depan ku..

Akhirnya aku hanya mampu untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang tak kurang hebatnya.

Julai 2006- 2010
UPM- Bac Pend Kimia
Kolej ke-5







Di sini bermula perjalanan hidup kali ke-2 yang sangat memerlukan mujahadah diri. UPM tidak pernah menjadi harapan untukku  jejaki.

Kolej ke-5 aku ditempatkan. Allah ... biahnya yang sangat merisaukanku



Aku meneruskan pengajian bersama teman-teman seperjuangan

Bermula cabaran-cabaran demi cabaran

Tanggal 2007... perubahan yang aku buat selepas istikharah

Tukar course pend Kimia kepada Bahasa Arab

Julai 2008-2011
Bac Bahasa Asing (B.arab)

Pilihan yang dibuat ini selepas istikharah dan istisyarah
Pesan guru...
Buatlah istikharah
Puasa di siang hari..
Air mata menemani diri

Allah...berilah keputusan yang memberi manfaat kepadaku dan kepada ummah..

Siapa sangka...

segalanya berubah

Impian untuk menjadi doktor...aku kuburkan......

Kerana aku mula nampak hala tujuku...

Daei untuk ummah, tidak menetapkan dirinya untuk menjadi sekian, sekian manusia.

Tapi seorang daei, jadilah apapun, dia tetap terus menyumbang. Pesan Naqibah dan Murabbi.

Maka, aku redha dengan taqdir Allah ini.

Aku perlu mempersiapkan diri..

Cabaran di masa depan pasti lebih mencabar yang barangkali sesuatu yang tidak kusangka akan berlaku.

Ya. Allah..jangan tingalkan aku walau sekelip cuma...





No comments:

Post a Comment