Wednesday, May 26, 2010

أين صديقاتي؟ وكيف حالكن جميعة ؟

Hidup ini tidak bererti tanpa hubungan sesama manusia lain..bermula dari kecil, kita berkawan atau berkenalan, walaupun masih belum kenal erti persahabatan..Tetapi persahabatan kerana agama tidah akan putus walau terpisah dengan masa, jarak atau tempat.

Suatu hari, di dalam satu liqa' , seorang sahabat bersuara, " Semakin lama semakin meningkat umur kita, semakin banyak sahabat yang kita bertemu dan berpisah. hingga ke saat ini, selagi mereka tidak menganggap kita musuh, mereka tetap sahabt kita..jika sekarang kita sedang memikirkan gerak kerja da'wah, pernahkah kita terasa untuk mengambil tahu hal sahabat kita yang suatu ketika dahulu kita pernah bersama..suka duka bersama..adakah sekarang mereka berada di atas landasan agama..atau mereka telah hanyut dek perubahan zaman atau perbezaan bidang yang diceburi.. terutama sekali rakan-rakan di sekolah rendah..sekolah menengah..matrikulasi..diploma..dsb.."

Terdiam bila terdengar persoalan dari sahabat tersebut..Belum tentu sahabat yang dulu hdup bersama memperjuangkan agama, tetapi sekarang tetap berjuang kerana kita tidak tahu taqdir Allah atas kehidupan setiap hambaNya..

أللهم اجعل جمعنا جمعا مرحوما وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما





أللهم بارك لنا وبارك ربيطة بيننا

Itu baru memikirkan sahabat-sahabat yang pernah berjuang sekali.
Bagaimana pula rakan-rakan yang tidak sempat kita mengajak mereka untuk memahami syariat Islam..Adakah terlepas tanggungjawab kita disebabkan mereka sudah jauh dari kita..sedangkan jauhnya hanya atas dasar jarak..tetapi aqidah kita dan mereka tetap satu..

إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم

Indahnya kalam Allah..Dia yang menciptakan kita, Dia tahu hambaNya saling memerlukan..



Kita bukan sahaja berukhwah..tetapi perlu saling memperbaiki..jarak umur bukan alasan untuk ukhwah tidak boleh saling memperbaiki..kerana manusia diciptakan sebaik-baik kejadian berbanding makhluk Allah yang tidak beraqal..



قال تعالى في سورة التين :
لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم

Tetapi harus diingat ayat Allah :

خلق الإنسان ضعيفا

Diciptakan manusia itu padanya ada kelemahan..

Itulah hakikat yang tidak akan berubah...jadi, apa yang perlu dilaksanakan??
Jadilah hamba yang sebenar-benarnya hamba...kat mana pun kita dan sahabat kita, andai ketakutan pada Allah sudah terpahat dihati...Insya Allah, kita dalam jagaan Allah..

احفظ الله يحفظك
" Jagalah Allah, kescaya Allah akan menjaga kamu."

Macam mana nak jaga Allah ??
أطيع الله ورسوله وامتثال أوامره واجتناب نواهيه
Taatlah kepada Allah dan Rasul..Menjunjung perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Kesimpulannya, Semua di atas adalah peringatan basic yang kita semua dah tahu..yang menjadi penghalang untuk kita melaksanakannya ialah..NAFSU..

Jangan biarkan nafsu menjadi raja dalam diri..kita dianugerahkan aqal..kita dikurniakan rasul yang meninggalkan Alquran sebagai penyuluh hidup kita..

Semua dah ada..terpulang pada diri sendiri untuk mengatur rentak hidup sebelum bertemu Allah kerana hidup ini adalah seni untuk mencipta corak kematian kita suatu hari nanti..

ربنا تقبل منا صلاتنا وقيامنا وأعمالنا وتعبدنا تآمة
واغفرلنا ذنوبنا عامة ولا تعذبنا إلى يوم القيامة

Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment