Wednesday, May 26, 2010

Bait Al-muslim

Syukur padaMu tuhan mengurniakan hambaMu keluarga yang mementingkan agama..



Rasulullah dilahirkan tanpa ayah, xmerasai kasih sayang seorang ibu..Baginda hidup penuh dengan kesusahan...bagaimana dengan kita?

Kadang-kadang kesusahan dalam kehidupan membuatkan seseorang hamba dekat pada tuhannya..

Bila mana anak merasai kepayahan dan kesusahan ibu dan ayah untuk menjalani hidup mereka, anak tersebut mampu untuk hidup dalam kesusahan apabila dia besar kelak.
Janji Allah dalam kalamnya:
إن مع العسر يسرا
Sesungguhnya bersama kesusahan itu kesenangan..

Janji Allah memang benar..berkat kesusahan ibu ayah mendidik anak untuk kenal agama, maka hadiah Allah untuk mereka..anak yang menjadi penyejuk mata..


Maka, bagaimana corak hidup rasulullah perlu dihayati dan diambil untuk mengatur corak hidup kita selaku umatnya.Ramai yang bercita-cita untuk miliki keluarga bahagia..tetapi bahagia dunia sahaja yang diimpikan..romantis..kehidupan yang hanya untuk memenuhi hawa nafsu..sedangkan tujuan Rasulullah menyuruh umatnya berkahwin salah satunya adalah untuk menambahkan bilangan umat Islam yang hidupnya untuk Islam dan menambahkan hamba yang tunduk pada Penciptanya..

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengharapkan cinta dan bahagia dunia semata-mata..Anak yang solehah lahir dari ibu bapa yang soleh dan solehah..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak abah..


أللهم اغفر لهما وارحمهما دائما كما ربياني صغيرا

No comments:

Post a Comment